Bahagian Terakhir Kisah Rishi si Pengawal Keselamatan.

Rentetan bagaimana Rishi di pecat bermula sekitar 6 bulan sebelum hari terakhir dia bekerja di rumah puaka itu. Masa ni Rishi cakap dia dah mula slacking off, masuk kerja lambat, pukul 3-4 pagi dah cabut balik tapi walau macam mana malas pun, dia tak pernah lupa tutup suis fuse box. Apek tua dah beberapa kali bagi amaran terakhir gara-gara ketidak profesionalan Rishi ni, tapi setakat gertak macam tu je lah. Apa yang membuatkan Rishi rasa takkan kena fired adalah disebabkan boss dia terdesak memerlukan perkhidmatan pengawal keselamatan dan jika dia di berhentikan, tiada siapa akan menggantikan tempatnya, siapa sanggup anyway? gaji RM 20 ribu pun belum tentu ada orang nak.

Masa ni juga Rishi dah beli motorsikal. Ikutkan dia nak saving je gaji dia yang banyak tu tapi bergaduh dengan drebar van punya pasal (mamat drebar ni kaki report ke boss), terpaksalah beli motor dan sejak ada motor, Rishi ambil duit gaji from this young Chinese lady kat rumah area Dutamas. Kalau dulu drebar van tolong pass duit kat dia setiap pagi, tapi sebab ambil sendiri so gaji dah jadi bulanan. 

Rishi lepas kejadian penampakan, dia dah takde mood nak kerja situ. Sampai bangun tidur pun rasa nak lempang orang mengenangkan beberapa jam lagi masuk kerja. Itu alasan Rishi lah, kalau ikut pemahaman aku si Rishi ni yang dah naik tocang, ye lah takda siapa nak monitor.

Dah setahun lebih bekerja ni juga Rishi baru tahu yang dia lah satu-satunya security guard kat rumah tu. Dia pernah borak dengan fellow security guard yang bekerja di rumah berdekatan, orang tu cakap rumah tu setahu dia memang tak pernah berjaga. Rishi adalah cucuk sikit kot-kot ada urban legend ke pasal rumah berhala tu, tapi takde pula orang tu cakap “office” Rishi ni berhantu, just memang tak berpenghuni aja lah.

Pada satu malam, boss si Rishi (apek tua) datang ke rumah naik Mercedes S-Class ditemani beberapa orang lagi. Kereta kancil yang selama ni tak pernah bergerak, di pandu keluar dari rumah. Rishi cakap ada dua orang middle-aged Chinese women bawa dulang yang kelihatan seperti makanan dan kedengaran seperti upacara “menurun” berlangsung di depan pintu rumah. Bau colok menyengit sampai ke post-guard dan asap menyelubungi kawasan rumah. Rumah berhala terang malam tu dan sekitar hampir tengah malam baru lampu ditutup semula. Sebelum beredar, Boss minta Rishi datang tengahari besok dia nak datang angkat barang.

Keesokan harinya, Rishi datang ke rumah waktu tengahari seperti di arahkan. Boss sampai dengan lori 1 tan dan beberapa pemuda Cina. Borak-borak lebih kurang, Boss pun meninggalkan kawasan rumah dengan Mercedesnya, sebelum itu dia sempat cakap pada Rishi supaya monitor aktiviti orang-orang tu dan pertama kalinya, Rishi di beri kebenaran untuk masuk ke dalam rumah.

Rishi masuk kedalam rumah dan benda pertama dia nampak adalah dulang-dulang berisi sisa-sisa makanan, kulit-kulit limau mandarin dan botol-botol beer kosong di lantai. Agaknya Boss dan kawan-kawan dia berpiknik dalam rumah malam tadi. Benda kedua yang dia nampak adalah isi dalam rumah penuh dengan patung-patung berhala. Dari yang sebesar lengan sampai lah sebesar sampai ke bumbung. Untuk pengetahuan semua, Rishi cakap rumah single-storey tu takda siling. Dia masuk juga ke bilik-bilik dan seperti apa yang dilihat waktu di living hall, penuh dengan patung-patung berhala.

Patung-patung berhala yang besar ada diperbuat dari tembaga dan marmar tapi yang kecil-kecil bersepah atas lantai kebanyakkannya diperbuat dari solid gold. So untuk menjawab pertanyaan beberapa pembaca kenapa Rishi di upah jadi security guard, menurut pendapat aku mungkin untuk menjaga patung-patung Dewi Kuan Yin emas ni la kot (aku rasa la patung Dewi Kuan Yin, Rishi tak cakap pun patung apa).

Paling misteri, bilik di mana Rishi terdengar bunyi tapak kaki dan orang baring atas katil tu, takda katil, yang ada cuma tembikar-tembikar hitam bertepek kertas merah. Dalam tembikar ada pasir pantai yang dicucuk beberapa batang colok separuh terbakar.

Pemuda-pemuda Cina ni mengangkat beberapa patung tembaga naik atas lori dan disebabkan saizn, ada beberapa patung yang kena di baraikan sebelum naik atas lori. Style diaorang ni macam gangster dengan rambut oren bertatoo, bertindik dengan kuku jari kelingking panjang bagai, so aku refer mereka ni sebagai Ah Beng ajalah. 

Salah seorang dari Ah Beng tiba-tiba memaki-hamun terjerit-jerit. Ingatkan pergaduhan sesama Ah Beng, tapi Rishi tengok Ah Beng ni marah-marah kat salah satu patung dan yang peliknya, Ah Beng lain semua relax je macam takda apa dan teruskan kerja-kerja mereka.  Bila Ah Beng panas baran ni dah cool down, Rishi tanya…

“Bos, apa pasat?”

“Lu talak nampak ka?”

“Nampak apa?”

“Itu cheebai main-main belakang itu patung”

(perbualan adalah rekaan aku berdasarkan cerita si Rishi 

)

Rishi tengok lah kat patung tu dan apa yang dia nampak adalah makhluk “bergurau” kat dapur tempoh hari, tengah main hide and seek kat belakang patung. First time juga Rishi nampak muka benda alah tu. Rishi cakap kalau kat luar mesti dia ingat pengemis sebab macam muka orang betul. Makhluk tu macam orang tua tak terurus dengan rambut hitam panjang. 

Bila Rishi dan makhluk tu bertentang mata, di panggil-panggilnya Rishi…

“woi, woi, woi, woi”

Ada seorang Ah Beng lain pergi simbah air pakai baldi, sepantas kilat benda alah tu panjat dinding, masuk kat celah-celah frame bumbung dan hilang dari pandangan.

Rishi tak banyak borak dengan geng Ah Beng sebab diaorang pun buat hal diaorang je. Dah senja baru selesai dan salah sorang bagi kunci rumah kat Rishi bagitahu nanti Boss datang ambil.

Aku ada tanya Rishi, ko tak takut ke tengok hantu tu? Rishi cakap time tu siang dan ramai-ramai, lagi pulak bila dah tengok rupa yang tak menyeramkan langsung, nak takut apanya? Chewah, eksyen Rishi ni.

Anyway, dari sehari bertukar seminggu, seminggu bertukar sebulan dan kunci masih kat laci pondok pengawal. Rishi pula semakin ramai partner security guard tak bertauliah dok teman dia setiap hari, berkat dari gebang kat kawan-kawan tempat kerja dia berhantu.

Mula-mula semua bertenggek kat post guard je, lama-lama dah ada yang suggest pergi minta nombor kat hantu tu. Rishi of course tak bagi lah sebab tak pasal-pasal hilang kerja nanti. Ada la dua, tiga orang pergi round rumah tu pepagi buta. Ada yang cakap nampak vampire(??), ada cakap takda apa pun. 

Sampai lah satu hari ni.

Malam tu dia sakit perut dan jamban kat toilet post guard tu dah rosak. Taik bertakung dah berhari-hari tak flush sampai Rishi cakap dia kencing kat longkang depan rumah je. Dengan terpaksanya dia minta member-member dia jaga kejap sementara dia balik berak kat rumah (gas station semua kunci toilet lepas business hours).

Bila dia balik je kat rumah berhala tu, post guard kosong dan pintu rumah terbuka. Sorang pun takde. Dia tengok kunci rumah tergantung kat lubang kunci. Apa lagi panik la Rishi. Dia tak tengok pun keadaan dalam rumah dan cepat-cepat kunci sebelum telepon kawan-kawan.

Lagi haram jadah, seekor pun tak angkat call. Dah la tu, suis fuse box tak switch off, padahal dah berulang kali ingatkan supaya jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi.

So Rishi pun settle kerja lebih kurang dan macam biasa tuang kerja, pukul 4 pagi dah berambus. 

Pagi tu jugak Rishi pergi cari kawan-kawan melepak dia. Jumpa salah seorang dan dia cerita apa terjadi malam tu…

Lepas si Rishi balik rumah, member sorang yang berlagak hero cadangkan masuk rumah beramai-ramai untuk minta nombor. Sebelum tu, salah seorang jadi runner kejap pergi beli roti, cikidis dan beer kat 7-11 konon-konon jadi “serahan” untuk penunggu rumah. Si hero ni lah yang pergi curi kunci dari laci, buka pintu dan susun makanan dan beer kat lantai. 

Semua dok menunggu kat hall rumah, bila lah hantu nak keluar ni. Dah macam 10-15 minit takda apa, si hero pergi ke salah satu bilik sorang-sorang. 

Tiba-tiba si hero menjerit dan lari lintang-pukang keluar rumah. Bila si hero pun dah macam tu semua pun ikut sama la, start motor dan cabut.

Rishi tanya korang ada ambil apa-apa tak? memikirkan kalau lah hilang hatta satu pun patung dewi kuan yin dalam rumah tu, memang mati la dia kena lauk. 

Mamat tu cakap tak ambil apa pun tapi Rishi tak puas hati juga. Dia cari si hero dan selepas tampar kepala mamat tu beberapa kali, dia tanya ko ada curi apa-apa tak? si hero cakap masa dia masuk bilik, tak sempat nak buat apa, dia dah ternampak ada lembaga hitam bertenggek kat patung berhala sambil jelir lidah. Apa yang dia ingat lepas tu ialah tercicit-cicit lari sampai terkincit dalam seluar.

Rishi tensen. Dia tahu dalam rumah mesti bersepah sekarang dan paling dia stress ialah pintu rumah terbuka pagi tu tanpa suis fuse box ditutup. Nak tak nak, dia kena juga masuk dalam untuk bersihkan rumah, thanks to kawan-kawan tak guna dia.

Rishi singgah rumah sekitar jam 11 pagi. Masa tu matahari tengah tegak atas kepala dan Rishi harap siang-siang buta ni takde la gangguan. Perlahan-lahan dia buka pintu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sekering-kering hati Rishi ni, dia still tak berani nak masuk rumah tu sorang-sorang. Tin-tin beer dan plastik-plastik cikidis bergelimpangan atas lantai.

Ditarik nafas dalam-dalam dan Rishi masuk ke ruang tamu. Di kala tengah pungut semua tu, dia perasan patung-patung semua tergolek atas lantai. Ini mesti kerja si hero main langgar time lari hari tu.

Satu-satu dia tegakkan balik. Rishi cakap tiada sebarang gangguan pun sepanjang dia bersihkan rumah.

Dan malam itu, bermula lah siri-siri gangguan yang extreme.

Dalam pukul 8-9 malam macam tu, time Rishi tengah melepak kat post guard layan radio tamil, ada suara betul-betul di luar tingkap…

“woi, woi, woi, woi”

Terkejut Rishi dan sebaik dia tengok kat tingkap, ada separuh wajah yang amat dikenalinya. 

Dicapainya cota dan berlari ke luar pondok dengan niat nak pukul makhluk tu, tapi tiada siapa. Sejak dari itu Rishi feeling ada benda tengah tenung dia dari luar tingkap.

Setiap kali dia ke belakang rumah untuk tutup suis fuse box, dari jauh dia nampak ada lembaga hitam terbongkok-bongkok berdekatan pagar dawai yang mengelilingi kawasan rumah.

I think most of you might have guessed it, hantu woi woi itu mungkin dah “keluar kandang”.

Rishi boleh tahan lagi setakat gangguan time kerja, ini kalau dah sampai ikut balik rumah…

Kat bilik time nak tidur je, ternampak kelibat woi woi kat sudut bilik. Time nak mandi ada panggilan woi, woi di luar tingkap bilik air.

Paling parah, time nak berak pun woi woi dok skodeng kat gerigi atas pintu jamban.

Dah tak tahan sangat, Rishi ambil keputusan untuk come clean dengan majikannya. Hari Ahad terakhir, dia berterus-terang dengan amoi yang tukang pass duit gaji, nak bagitahu Boss, dia takut kena ganyang pula so mungkin amoi ni hati dia lembut sikit. Lepas cerita dari A-Z, sangkaan amoi ni berhati lembut jauh meleset, dekat sejam dia kena maki hamun tengah panas kat depan gate rumah. Lepas amoi tu telepon Boss, dia suruh Rishi pergi tunggu kat post guard, Boss nak datang.

Tunggu lah si Rishi dengan berdebarnya. Sampai saja Mercedes warna silver parking depan pagar, meluru Boss keluar dan terus tampar Rishi berkali-kali sambil maki-hamun. Di belakang ada beberapa orang elder Chinese men tengok je si Rishi ni macam budak sekolah kena rotan. Boss suruh bagi kunci ke dia dan tunggu kat post guard sementara dia dan yang lain masuk ke rumah.

Lebih kurang sejam, apek tu keluar dan datang ke pondok pengawal.

Rishi di perintahkan untuk berambus sekarang juga. Tanpa banyak cakap, Rishi start motor dan pulang ke rumah. Sejak dari itu tiada lagi gangguan dari woi woi dan minggu tu juga Rishi beli tiket flight balik Nepal. Lepas 3 tahun baru datang Malaysia balik dan bekerja di universiti aku tu.

Begitu lah alkisahnya.

Kisah Rishi Si Pengawal Keselamatan Bahagian II

Lebih kurang tengahari macam tu, apek tua called Rishi. Dia ingat nak kena marah tapi alih-alih okey je suara apek tu. Apek tu cakap next time jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila dengar apek tu cool je, Rishi pun cerita panjang lebar apa yang terjadi, tapi apek tu diam je. Paling pelik, apek tu siap offer Rishi extra RM200 setiap minggu untuk sewa motor time weekend. Tanpa banyak soal, Rishi dengan girangnya terus cakap OK BOSS!!

Hari berlalu tanpa sebarang kejadian dan Rishi kerja macam biasa. Pukul 6 petang masuk kerja, layan radio tamil sambil main-main SMS, kadang-kadang ada geng dia datang melepak kat depan rumah dan biasanya pukul 10 malam dia dah start tido sampaila pukul 1:30 pagi bangun dan pukul 2 pagi pergi belakang tutup suis fuse box, then sambung tido balek sampai pukul 7.

Suatu weekend, apek tua called minta dia datang pagi sebab ada orang nak mesin rumput. Rishi datang pagi tu buka gate, ada Bangla dua orang dah tunggu dengan mesin rumput. 

Masa ni Rishi dah tak pinjam motor member, dia sewa kereta je setiap minggu. So lepas buka gate Rishi cakap dalam pukul 3 dia datang balik, kalau dah settle, boleh pulang terus tak payah tunggu.

Pukul 3, Rishi sampai tengok rumput-rumput kering bertebar kat laman tak berkaut dan mesin rumput dua biji kat parking bay rumah. Bangla-bangla nya hilang. Disebabkan takde contact number, terpaksalah Rishi menunggu. Lebih kurang dekat pukul 4, baru nampak batang hidung.

Rishi marah lah sebab kena tunggu lama, dia tanya apasal tak settle lagi.

And then, Bangla-bangla tu tanya..

Tuan rumah ni sakit ke? 

Rishi cakap lah, sakit apanya? mana ada orang dalam rumah ni.

Then Bangla tu cerita diaorang terdengar orang menangis dalam rumah. Mula-mula menangis biasa je, tak lama lepas tu dah start meraung. Rasa serba salah pulak Bangla dua orang ni sebab macam ganggu privasi tuan rumah. Sebab lama sangat meraungnya, Bangla ni suspek ada something wrong, mana tau cry for help ke apa kan, so dua orang ni pergila ketuk pintu. Bila ketuk pintu, lagi kuat meraungnya.

Bangla-bangla terasa menganggu agaknya dengan bunyi mesin rumput dan decided untuk break kejap dengan niat mungkin orang tu akan cool down kejap lagi.

Tapi bila suara yang menangis tadi tiba-tiba tergelak, dua Bangla ni ambil keputusan lebih baik blah dulu dan tunggu sampai pukul 3 time Rishi datang semula. Rishi cerita yang Bangla tu cakap masa menangis suara perempuan, tapi masa tergelak tu kejap suara lelaki, kejap suara perempuan. Bukan macam ada dua orang tergelak tapi suara yang sama bertukar-tukar jantina.

Rishi pergi ketuk pintu tanya siapa ada kat dalam dan seperti dijangka tiada jawapan. Lepas marah-marah dan berlagak boss lebih kurang, Bangla-bangla tu kasi settle kerja diaorang dan balik.

Pagi tu Rishi singgah rumah macam biasa untuk tutup suis fuse box. Sebelum nak blah tu, dia rasa curious dengan cerita Bangla tadi, so dia cari batu dan baling ke atas bumbung beberapa kali. Lepas dah macam confirmed tiada apa-apa, dia masuk dalam kereta nak balik. Baru nak tutup pintu, pintu dalam rumah dihempas kuat. 

Rishi keliling rumah buat checking. Check fuse box, ok dah tutup. Check pintu depan, berkunci, check pintu belakang pulak, ok  berkunci. Kemudiannya dia tinjau kat tingkap dapur. Sambil tinjau, Rishi suluh ke dalam dengan lampu suluh. Di sinki ada beberapa pinggan dan cawan plastik.

Di panjang lagi suluhan dari dapur terus ke ruang tamu. 

Menurut Rishi, dia nampak ada lembaga hitam berbentuk manusia sedang bercangkung. Sekali lihat pada mulanya Rishi ingatkan perabot. Tiba-tiba “perabot” tu mula berayun (rocking).

Masa tu Rishi yakin ada orang dalam rumah sebab bagi dia, kalau rupanya macam orang, bentuk badannya macam orang..so oranglah! Lagipun benda alah tu ada kaki dan hantu mana ada kaki!

Rishi ketuk-ketuk tingkap pakai cota. Makhluk tu tak menjawab dan terus buai-buai badannya. Tanpa buang masa Rishi capai handphone dan call apek tua.

Mula-mula tak di angkat, Rishi call lagi, masih tak angkat. Kemudian Rishi di call oleh apek tua dan seperti biasa marah-marah ingat Rishi terlupa lagi. Tak endahkan bebelan apek tu, Rishi bagitahu kat dalam rumah ada orang dan dia sedang melihatnya sekarang.

Rishi masih ingat apek tu hanya mengeluh “haiyaa…” dan tak bersuara lama sampai Rishi cakap hello beberapa kali.

“Rishi, you switched off the board already ya?”

“Yes boss”

“You go home then”

Ketenangan suara apek tu buat Rishi lagi nak tau pasal benda dalam rumah. Dia cuba bakar sikit…

“Boss..I call the police okey?”

Apa melompat apek tu dan warning Rishi supaya tak mengada-ngada nak call polis bagai.

Rishi “paksa” apek tu cerita juga apa kes rumah ni sebenarnya. Dia justified dengan argument yang ikut agreement Rishi guarding rumah takde orang.

Sampai la apek tua tu give up dan cuma bagitahu, itu “security guard” untuk dalam rumah.

Walaupun masih tak puas hati dengan jawapan yang diterima, Rishi dah malas nak panjangkan isu ni. Lagipun dia nak balik tido.

Di suluh lagi ke makhluk tadi sebaik hang up handphone dan hanya lantai simen yang kelihatan. Rishi cuba suluh seluruh ruang dalam rumah mencari makhluk mencangkung tadi.

Bunyi tapak kaki berlari di lantai kedengaran di bahagian bilik. Rishi dekatkan telinganya ke tingkap dan dia dapat dengar dengan jelas bunyi pintu di buka, bunyi orang berjalan dan bunyi seakan seseorang menghempaskan badan ke tilam spring. 

Kemudian ada ketukan di tingkap dapur dan Rishi dengan pantas menuju ke sana, only to be greet dengan wajah yang sama di bahagian transparent tingkap dapur tersebut.

Anak mata makhluk tu terpaku ke arah Rishi dan mengekor aja pergerakannya.

Rishi ni boleh pulak cabar-cabar benda alah tu. Dia panggil-panggil pakai wei, hoi, wei…dan ajak keluar pakai tangan macam nak bergadoh.

Tiba-tiba makhluk tu tekap mulutnya ke tingkap sambil menganga. Rishi cakap lembaga tu takde gigi, gusi aja melekap sambil lidahnya menjilat-jilat cermin.

Buat pertama kali, Rishi merasa takut. Takutnya itu sampai kakinya terkunci dan terjatuh ke belakang. Rishi cakap yang paling seram bila tombol pintu dapur berputar-putar macam orang cuba buka dari dalam.

Masa ni Rishi dah terjerit-jerit minta tolong, tak kisah la takde orang dengar pun, sebab dah takut teramat sangat. Dipaksa kakinya bergerak sampai tergali tanah kerana dikuis kakinya.

Bila dah boleh bergerak, Rishi berlari ke kereta dan cepat-cepat meninggalkan rumah. Pintu gate tak dikunci dan Rishi tak peduli dah.

Semenjak dari hari itu, Rishi dah tak berani nak dekat dengan rumah berhala itu dan cuma lepak kat post guard. Setiap kali time kena tutup suis, dia layan wiski murah yang beli kat KK mart tu sampai mabok then baru pergi tutup suis.

Next time aku cerita macam mana si Rishi ni kena fired gara-gara rumah hantu itu.

Kisah 1: Rishi Si Pengawal Keselamatan (Bahagian I)

Salah satu hobi aku ialah mengumpul cerita seram. Aku suka semua literatur yang berkaitan dengan dunia paranormal dan minat aku hanya setakat itu sahaje. Aku bukan pencari hantu macam Uncle Seeker. Aku ni jenis bila ko cakap “aku ada cerita hantu” je handphone aku dah siap di tangan untuk merakam.

Aktiviti pengumpulan aku bermula pada tahun 2005 apabila aku mula pakai handphone Sony Ericsson. Thanks to the audio recording function, aku mula merakam cerita-cerita seram yang disampaikan secara lisan. Sumber aku ialah orang-orang dalam hidup aku sehari-hari…kawan, kawan kepada kawan, keluarga, kenalan kepada keluarga dan sebagainya lah. Pendek kata, aku ni boleh tahan tak tau malu jugak lah suka hati je tanya orang randomly ada cerita hantu ke tak.

Boleh dikatakan aku dah mengumpul dekat 100 rakaman cerita hantu sejak dari 2005 sampai 2013. Lepas handphone aku kena rembat kat depan LRT Bandaraya 2 tahun lepas, aku malas nak buat collection dah sebab dalam handphone tu ada 5-6 rakaman yang aku tak transfer lagi.

Baru-baru ni aku transfer collection audio cerita seram ke cloud storage sambil layan semula recording-recording lama. Koleksi aku takdelah best mana pun sebab banyak cerita ulang-ulang terutamanya urban legends yang semua orang dah tau. Tapi salah satu yang menarik perhatian aku ialah kisah dari seorang security guard berbangsa Nepal.

Orang Nepal ni housemate aku sewaktu aku menyewa bilik di Balakong.  Mamat Nepal ni kerja security guard dekat universiti aku dan nama dia Rishi. Disebabkan dia jaga shift malam, so jarang la aku jumpa kat rumah. Ada lah satu hari tu aku melepak dengan dia kat hall rumah, Borak-borak lama sikit tau lah serba sikit pasal Rishi ni. Rishi time tu dah 2 tahun kat Malaysia dan boleh speaking English, melayu tak berapa fasih. 

Aku tanya dia banyak ke gaji security guard ni, dan Rishi cakap kalau tak banyak takdela jauh-jauh datang dari Nepal ke Malaysia cari duit. Aku tanya lagi, berapa gaji ko Rishi? 

Rishi cakap, kerja kat universiti tu ok lah gajinya, tapi sebelum dia jadi security guard kat universiti aku, dia ada jadi jaga kat rumah orang. Gaji kat sana lagi tinggi. Dalam RM10 ribu.

Of course aku tak percaya, tapi aku layankan je. Aku tanya Rishi kenapa berhenti kalau gaji besar macam tu?

The moment Rishi cakap “rumah ada hantu”, aku tak tanya banyak…terus keluar handphone, buka audio recording dan tekan record.

Salah seorang rakan sekerja bagitau Rishi ada security job kat Bukit Tunku untuk graveyard shift 5 hari seminggu. Masa tu Rishi jadi guard kat kondo area Melawati dan dia tak suka kerja disitu, so memang mencari kerja tempat lain. Apa yang buat job tu menarik, gaji dibayar harian dan cash on the spot untuk setiap shift yang dia buat.

Kawan Rishi cakap kalau berminat, dia suruh contact orang ni. Long story short, Rishi berjumpa dengan client yang offer job tu kat mamak area Kota Damansara. 

Client tu ialah seorang apek tua dan Rishi macam tak percaya dengan offer kerjanya. Jadi security guard rumah kosong dengan gaji RM400+ sehari dimana akan dibayar selepas shift tamat, on top of that Sabtu dan Ahad adalah off days. Now, Rishi bukan sebulan dua jadi security guard, dan dia tahu this kind of offer mesti ada something yang orang tua tu tak bagitahu. Bak kata pepatah inggeris, if it sounds to good to be true, then it is.

Rishi bertanya ke apek tua, what’s the catch? dan apek tua tu balas, itu je yang kau patut tau dan mahu atau tak?

Apa yang apek tua tu bagitau Rishi;

– Shift dari pukul 6 petang sampai 8 pagi keesokan harinya.
– Coverage area hanya sekitar luar rumah. Rishi di larang masuk ke dalam rumah.
– Pengangkutan pergi dan pulang disediakan sepanjang 5 hari bekerja.
– Upah hanya akan dibayar selepas shift tamat.

Rishi tiada masalah dengan semua tu tapi ada satu arahan yang Rishi rasa agak pelik, setiap hari dia kena switch off fuse box rumah tu pada pukul 2 pagi. Termasuklah Sabtu dan Ahad dimana Rishi kena singgah kejap semata-mata nak switch off fuse box.

Berulang-ulang apek tu cakap kena make sure switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila Rishi cakap, kalau camtu dia tutup aja lah suis awal-awal, tapi berkeras client dia cakap kena tutup juga pukul 2 pagi, biarlah sebelum tu Rishi dah tutup berpuluh kali. Yang penting fuse box rumah kena di turn off pukul 2 pagi.

Gaji besar dan off days 2 hari, mana nak dapat kerja security macam tu. Walaupun macam ada yang tak kena tapi offer tu terlalu menarik untuk Rishi tolak, maka tanpa berfikir panjang, Rishi pun bersetuju.

Hari pertama dia bekerja, Rishi dijemput oleh van putih dan dia ingat lagi yang van tu masuk ke Jalan Parlimen, lepas tu masuk ke Tugu Negara kemudian terus ke dalam lagi, ada pusing round about kecil dan sampai ke tempat kerja.

Tiada apa yang menyeramkan tentang rumah itu sewaktu Rishi pertama kali sampai. Kalau nak banding dengan rumah lain kat area situ, nampak lah design outdatednya. Lamannya luas dan dikelilingi oleh hutan belukar tapi takdela tersorok sangat kerana dari post guard, Rishi boleh dengar trafik dari Mahameru. Rumputnya terjaga rapi dan ada kereta kancil kat parking bay. Maknanya rumah tu tak terbiar, cuma tak berpenghuni. Sebaik sahaje van meninggalkan perkarangan rumah, Rishi saja round sekeliling. Fuse box terletak di luar dinding belakang rumah dan agak tinggi kedudukannya, so Rishi kena pakai cota kalau nak tutup suis.

Rishi memulakan tugas seperti biasa dan tiada kejadian aneh berlaku sepanjang dia kerja disitu, melainkan suis yang dia wajib tutup akan berada di kedudukan ON setiap kali dia menutupnya pada jam 2 pagi, tak kira lah sebelum tu dia dah switch off berulang kali. Rishi juga tak pernah berjumpa dengan guard shift siang. Dia ada tanya drebar van, siapa jaga shift siang tapi drebar tak tahu. So Rishi anggaplah guard shift siang habis pukul 3 ke, 4 ke so memang takde peluang nak berjumpa masa tukar shift.

Semuanya normal sehinggalah masuk bulan ketiga.

Hari kejadian ialah hari Sabtu. Van tak disediakan pada weekend dan biasanya Rishi pinjam motor kawan. It just that, sebelum tu Rishi ada berselisih faham dengan member yang ada motor tu, so hari tu takde transport. Mau tak mau, Rishi datang awal dalam jam 10 malam naik teksi dan planned untuk tidur di post guard aja. Malam itu hujan turun dengan lebat. Best dengan sejuk agaknye, Rishi tertidur dengan lena. Sekitar jam 3 Rishi terbangun dan bergegas keluar dari post guard untuk menutup suis fuse box. Sebaik sahaje dia berada di depan rumah, Rishi dapati rumah terang-benderang. Lampu-lampu semua menyala. 

Cermin tingkap pakai stained glass menyebabkan dia tak dapat tengok siapa kat dalam rumah. Rishi mengetuk pintu depan tanya siapa kat dalam tapi takde sape membalas. Dia tengoklah kat lubang kunci pintu yang kecik tu.

Dari lubang kunci, Rishi ternampak seseorang berada dalam keadaan merangkak. Bukan merangkak macam baby tu tapi dengan tapak tangan dan tapak kaki semua kat lantai dan badannya melengkung ke atas, macam kucing. Rishi cakap orang tu bogel dan rambut panjang. Dia tak cam samada lelaki ke perempuan. Sambil tengok benda alah tu, Rishi ketuk lagi pintu cuba communicate dengan orang dalam rumah.

Semua dia panggil,…sir, ma’am, kakak, adik, abang, hey, hoi…semua lah…tapi orang tu tak menyahut. Nak pecah masuk, teringat Rishi ke amaran clientnya yang melarang masuk ke dalam rumah.

Tanpa membuang masa, Rishi called apek tua pakai handphone. Takde hello bagai, apek tua tu sebaik sahaje angkat phone terus marah-marah tanya “why you don’t switch off the fuse box!!!”

Macam tau-tau je apek tua ni. Rishi cuba la menipu cakap dia dah tutup tapi apek tu agaknya dah tau sangat, dia bentak Rishi cakap “don’t lie to me! I know you didn’t switch off the fuse box!”

Tak sempat Rishi nak tanya pasal orang dalam rumah, apek tua terus cakap “You leave the house now! don’t wait anymore! No need to switch off!! leave! leave!”

Rishi iya-iyakan aja dan hang up. Kerana rasa bersalah agaknya, Rishi pergi ke belakang untuk tutup suis fuse box. Sepanjang dia menuju ke belakang rumah, ada bayang-bayang di cermin tingkap mengekori dia dari tingkap ke tingkap.

Aku tanya Rishi, ko rasa apa benda dalam rumah tu? dia cakap mula-mula dia ingat orang, sebab dari cara apek tu marah-marah seolah macam acknowledge someone is in the house. 

Bila Rishi dah ada kat belakang dan switch off fuse box dia tengok kat tingkap dapur. Tingkap dapur menurut Rishi cuma tengah-tengah je ada stain glass, dan bordernya transparent. Dari area transparent tu, ada separuh muka orang tengah tengok dia. Mata orang tu macam mata orang biasa dan kulit putih pucat sampai nampak urat-urat hijau berselirat kat wajah. Rambut hitam mengerbang.

Rishi angguk kecil sambil tersenyum tapi tiba-tiba wajah di tingkap bergerak sekeliling sampai ke bahagian atas. Logically speaking, mustahil kalau orang boleh buat macam tu.

Siapa-siapa ada kenal dengan security guard Gurkha Nepal, tau lah macam mana hati keringnya diaorang ni. Rishi cakap dia tengok makhluk tu dalam seminit dua, baru dia buat kesimpulan “that thing is not human”.

Rumah tu kembali gelap bila suis fuse box ditutup dan makhluk tu hilang dari tingkap. Rishi berjalan ke post guard. Hujan renyai-renyai dan dia planned nak call public taxi pukul 7 pagi nanti. 

Baru nak sambung tido balik, Rishi dengar bunyi pintu rumah di hentak kuat macam ditumbuk berkali-kali. Bunyi hentakan berselang-seli dengan suara perempuan melolong. Tak jadi dia nak tido. End up dia melepak sampai ke pagi layan radio tamil. Bunyi tu hilang lebih kurang time subuh.

Sementara tunggu teksi datang, Rishi pergi ke rumah tu kejap buat check-up. Dia tengok dalam lubang kunci tapi tak nampak apa sebab gelap. Tombol pintu pun dia check, depan belakang pintu semua berkunci. 

Sebelum meninggalkan rumah salah satu pintu dalam rumah di buka dan di hempas kuat 3-4 kali dan Rishi cakap sumpah dia terdengar ada suara halus dari dalam panggil…

“Abaaaanngg…abaaaanng”

Rishi tak ambil port dan terus ke post guard. By then baru dia faham kenapa apek tua offer gaji RM10 ribu.

By the time dia dalam teksi, baru dia perasan kat pagar ada mail box tertulis “Rumah Berhala xxx xxx”

(Bersambung)
***************************************************************************************************************
recording cerita si Rishi ni adala dekat 2 jam, berselang-seli dia borak kat handphone dengan member Nepal dia kejap, lepas tu dia pi kencing, aku pi kencing so nak extract tu take times juga.

Untuk menjawab persoalan-persoalan korang.

1. Rumah berhala ni tak semestinya kuil/tempat sembahyang. Rishi pun cakap rumah tu jarang ada orang datang kecuali si apek tua dan beberapa orang lagi. Dari cerita Rishi, aku rasa rumah tu store tempat simpan patung-patung berhala. Mungkin nama rumah berhala digunakan untuk tujuan surat menyurat, bil letrik contoh paling obvious lah sebab electricity masih ada.

2. Aku ada tanya Rishi pasal tutup suis pukul 2 pagi tu, tapi Rishi pun tak pernah tanya kat apek tu. So it’s a mystery on that part.

Itu salah satu ceritanya lah, ada lagi cerita pasal rumah tu. Rishi ni bukan berhenti kerja kat rumah tu sebab berhantu, tapi di berhentikan/dipecat disebabkan satu insiden yang berkaitan ke’angker’an rumah tu jugak la.

Itu nanti aku sambung.

Kembara Bapok

Dah jadi tradisi Amin (pencerita) dan housemate untuk berjimba bersama setiap Jumaat malam Sabtu, samada layan midnight show kat Midvalley, tengok bola kat mamak or just a simple dinner. Kenderaan ‘rasmi’ ialah van Toyota klasik milik Johan ‘Jon’. Jon tak tinggal sekali dengan diaorang, sebab rumah parent dia kat area situ jugak tapi selalu la lepak kat rumah sewa Amin sampai dah dianggap sebagai housemate tak rasmi.

Malam itu masing-masing tak tahu nak buat apa. Nak layan movie, semua cerita tak best, nak tengok bola, season EPL dah habis. So semua decided makan kat Balakong then balik main PS1 kat rumah sewa.

Van dipandu Jon keluar dari perkarangan flat dan menuju ke Balakong, riuh-rendah dengan 8 orang student universiti memekak macam makcik-makcik pergi kenduri kahwin. 

Agaknya sedap berborak, Jon tersalah jalan. Salah seorang dari geng, Ebon cadang pergi makan kat Sungai Besi alang-alang dah mengarah ke sana, tapi terlepas simpang, so teruskan aje masuk KL.

Ayob cadang pergi Kampong Baru aje lah, then round-round pasar bundle Chow Kit. Sakan shooting the shits punya pasal tersesat ke DBP. Putar balik dan masuk Jalan Istana dan masuk Jalan Kuching tapi SEKALI LAGI tersalah jalan.

Kali ni termasuk jalan pergi area Gombak/Batu Caves. Ingatkan nak buat U-turn patah balik ke Jalan Kuching, ada pulak yang mengada-ngada cakap;

“Genting, ada berani?” Sebab kat depan ada signboard tunjuk arah Genting Highland.

Amin memang tak nak lah sebab dia pakai seluar pendek. Separuh tak nak, separuh lagi cakap “joommmm”

Kata putus di beri ke Jon sebab van dia dan dia yang driving. Amin terpaksa akur bila Jon cakap “Selambee Genting”

Disebabkan beberapa orang mengade nak naik Genting, semua terpaksa tong-tong duit minyak dan tol. Setiap sorang kena kasi RM10. Mungkin bunyi macam tak banyak lah RM10 sekarang tu tapi bagi seorang student universiti pada tahun 2001, RM10 kira banyak gile dah.

Tiada apa berlaku on the way naik Genting dan ketika berada di atas tu. Cerita jadi time nak turun. Van mula menuruni jalan bukit yang bersimpang-siur lebih kurang pukul 1 pagi. Kata Amin, masa tu boleh dikatakan jalan Genting Highland tu lengang sebab dah 3-4 corner takde kereta lain kecuali van Toyota Jon. Cahaya merah dari breaklight kenderaan di sebalik corner seterusnya membuatkan Jon memperlahankan van.

Sebuah Perodua Kembara berada di depan dan bergerak dengan kelajuan yang even nenek 90 tahun pun boleh bengang. Boleh je overtake tapi Jon tak nak ambil risiko bertembung dengan incoming traffic. Jon cucuk-cucuk kat belakang sebagai isyarat untuk lajukan sedikit kenderaan tapi buat tak tahu je Kembara tu.

Jon bagi high beam dua tiga kali tapi boleh main brake brake pulak Kembara kat depan ni. Amin dan lain-lain suruh overtake je dan masa berselisih tu kasi slow sebab nak ‘ajar’ sikit Kembara depan diaorang ni sebab driving macam sial. 

Van memotong Kembara dan semua standby kat tingkap nak menganjing. Sebaik saja van betul-betul sebelah Kembara, mereka ‘disambut’ sekumpulan bapok. 

Tak susah nak sahkan Kembara itu dipenuhi geng pondan dengan muka semua jantan habis dan riben-riben besar kat kepala, I mean you know men dressed as women when you see one, especially when it is obvious.

Sepatutnya mereka yang menganjing, tapi bapok-bapok tu pula yang lebih-lebih sampai takut Amin dan lain-lain. Jon siap overtake Kembara tersebut dan melajukan vannya meninggalkan geng bapok jauh di belakang. 

The mood in the van seems to die a bit. Salah seorang dari mereka (Amin tak ingat siapa) menimbulkan persoalan yang buat semua tertanya-tanya.

“Wei, Kembara boleh muat berapa ramai? Apasal aku tengok ramai gile tadi?”

Amin cuba recalled balik, memang betul. Rasanya dalam Kembara tadi lebih dari 5 orang sebab kat seat belakang je dia perasan ada 6-7 bapuk dok terjerit-jerit kat diaorang tadi. Ada cakap 7, ada cakap 8, ada cakap 10, kesimpulannya Kembara yang dilihat mereka tadi melebihi kapasiti tapi tak sangka pulak boleh fit semua tu. Kalau difikir-fikirkan tak logik pun apa yang mereka lihat tadi.

Mereka dikejutkan dengan bunyi kenderaan memintas laju di sebelah. Sedar-sedar Kembara sudah berada di hadapan mereka dan sengaja memperlahankan kelajuan seperti tadi. Kali ini cermin belakang Kembara tersebut dipenuhi bapuk-bapuk. Amin kira sendiri ada 10-11 kepala bertepek kat cermin belakang making faces at them. Mula-mula rasa annoying tapi dah lama-lama dah start meremang.

“Jon, lain macam je wei bapok-bapok depan ni” kata Amin dari seat depan. 

Jon diam je tapi Amin boleh tahu perasaan Jon ketika tu dari peluh yang merecik kat dahi. Kat belakang pula dah macam-macam doa ade, takut punya pasal. 

Dalam ramai-ramai tu Amin la paling tensen sebab tingkap dia takleh naik sejak dari atas Genting lagi. Dibuatnya kalau ada bendalah terbang nak masuk van diaorang mesti dia yang kena dulu. Benda-benda mengarut dah mula bermain-main di minda Amin. Kembara kat depan start main brake-brake balik. 

“Jon ko stop dulu lah memane, biar pondan p*k*mak ni blah dulu” kata Ayob dari belakang.

Di satu corner terdapat extra space untuk emergency stop dan van Toyota berhenti di situ. Amin dan lain-lain melihat Kembara bapok meneruskan perjalanan. Terasa lega apabila Kembara tersebut mula memasuki corner. Limpahan lampu merah dalam kegelapan malam membuatkan semua tersentak. Kelam-kabut Jon hidupkan van di saat buntut Kembara muncul depan mereka.

Kata Amin nak tercampak semua dalam van bila Jon hit the pedal to the floor. Van memintas Kembara yang masih terkial-kial mengundur. Sempat Amin melihat bapok-bapok dalam Kembara melihat mereka dengan mata terbuntang.

Kali ni no more safeplaying. Van Toyota tua Jon meluncur selaju-lajunya menuruni Genting Highland. Sampai Amin sendiri cakap yang dia dah expect akan accident masa tu. Mengetahui betapa intensenya situasi ketika itu, nobody complains about the speed. Semua dah tak sanggup nak deal dengan geng bapok Kembara.

Kelajuan dikurangkan sebaik van memasuki highway dan sekali lagi mereka menarik nafas lega. Gelak tawa memenuhi ruang van dengan masing-masing berborak pasal terrifying moment brushing with mysterious Kembara. Somebody in the group bring up the big elephant in the room…

“Korang rasa tak yang bapok-bapok tu mungkin bukan …orang?”

Suasana hening mula menghimpit. Walaupun sekejap je scene menakutkan dengan geng bapok tadi tapi cukup untuk traumatize kan Amin and the geng. Masing-masing mula sentap setiap kali ada kereta kat sebelah, menggelabah tak tentu pasal. 

Van memasuki terowong Genting Sempah. Lagi separuh nak keluar terowong, ada high-beam berkali-kali dari belakang. Semua pelik kenapa pulak nak high beam sebab diaorang dah kat lane kiri. Jon pun dengan naifnya tukar lane kanan, ingatkan nak kasi laluan tapi kereta kat belakang ikut sekali tukar lane dan main high beam lagi.

“Malaon betul lah keta belakang ni” marah Jon. Di pasang hazard light dan kelajuan dikurangkan. Ingatkan kereta belakang akan overtake lah tapi sangkaan mereka meleset apabila kereta tersebut turut memperlahankan kelajuan. Orang yang duduk kat seat belakang pergi usha kereta belakang dan….

“Jonnnnn…keta bapokk kat belakanggg….blah cepat blahhhhhh” 

Kecut perut Amin bila dapat tahu rupa-rupanya Kembara bapok kat belakang. Terhenjut-henjut van apabila Jon tergesa-gesa masuk gear sebab main clutch tak betul. Kembara steady follow kat belakang, tak kira bagaimana laju Jon memecut. Amin pulak tak habis-habis cuba naikkan tingkap yang stuck. Dia tak nak ambil risiko kalau tiba-tiba Kembara tu mencelah kat sebelah dan tarik dia masuk dalam kereta.

“Ko boleh tak stop rosakkan kete aku?” keras pertanyaan Jon kepada Amin.

Amin stop cuba naikkan tingkap. Dia memandang Jon dengan riak seolah berkata “F**k you!”. Lain-lain kat belakang tak habis-habis kasi update setiap 10 saat, Kembara kat kanan, Kembara kat kiri, makin dekat, makin jauh, laju, perlahan. 

Perkara yang paling Amin takutkan akhirnya terjadi. Dengan mudah Kembara menyusup ke sebelah kiri dan steadily cruising along. Kali ni Amin boleh lihat jelas makhluk-makhluk dalam Kembara. 

Kalau korang pernah tengok kat majalah ke, TV or mana-mana lah, bagaimana rupa orang zaman batu, ha macam tu lah rupa bapok-bapok dalam Kembara tu. Nak kata macam orang, tak macam orang, tapi nak kata tak macam orang pun ada jugak rupa orang. Masa aku dengar cerita Amin ni, aku imagine bapok-bapok dalam cerita ni macam orang Neanderthal.

Anyway, bapok-bapok memang colorful habis lah. Macam monyet-monyet sarkis yang dimekapkan. Lepas tu gelak ramai-ramai tengok Amin and the rest. Sempat juga Amin dengar bapok-bapok tu bertutur dalam bahasa yang tak difahaminya. 

Siki demi sedikit Kembara menghampiri sisi van. Budak-budak kat belakang dan start menjauhi tingkap. Amin pulak nak mengensot macam mana pun still dia kat sebelah tingkap sebab duduk seat depan. Tiba-tiba salah seorang dari geng bapok mencengkam pintu seat depan, apa melompat Amin pergi seat belakang.

Punyalah kuat bapok yang pegang pintu van tu sampai pecah cover plastik pintu digenggamnya. Tuan punya tangan kemudian keluar dari tingkap cermin Kembara. 

Gila tak gilalah ‘bapok’ tu kata Amin, dia boleh berdiri kat tengah-tengah balancing between pintu van dan Kembara. Then menari-nari sambil terjerit-jerit. Dalam van ada yang suruh Jon kasi jatuh bapok itu dan ada yang cakap jangan, nanti tak pasal-pasal kes cubaan membunuh pulak. Bila dah yang lain dalam Kembara start memanjat keluar tingkap nak buat kerja gila tu jugak, Jon kasi balas ke sebelah kanan dan tergolek dog lah bapok itu di tengah-tengah highway.

Amin yang masih di belakang melihat dari rearview mirror, Kembara di belakang stop tengah highway dan perlahan-lahan hilang dari pandangan. Time goes by, Amin dan lain-lain menarik nafas lega bila nampak KLCC. Boleh anggap settle lah kejadian tadi sebab kalau Kembara tu nak catch-up pun tak terkejar dah kot.

Van Toyota merentas lebuhraya Utara-Selatan yang agak lengang menuju ke Serdang. Tibat-tiba terdapat kilauan menyakitkan mata dari rearview mirror dan hentakan kuat di belakang van menyebabkan Amin dan lain-lain tercampak ke depan. Jon sedaya-upaya cuba mengawal van yang dah macam nak terbalik. Kedinginan angin malam memenuhi ruang van, masuk dari tingkap belakang yang pecah. Dari pintu belakang yang dah remuk, kelihatan cahaya terang pantas menghampiri van dan sekali lagi…

DUMMMMMMMM!!! van tua Jon di lanyak buat kali kedua. This time around, the torment is too great for the good ol’ van to handle. Stereng van berat menandakan tayar belakang dah out. Jon mengemudi van ke tepi jalan. Tak boleh nak jalan dah. Sempat mereka melihat sebuah Kembara di jalan raya dengan bahagian depannya dah rabak, front guard terjuntai dan lampu-lampu pecah. Kembara tersebut memecut jauh meninggalkan Amin dan rakan-rakan.

Tengok line dah clear dari Kembara puaka, Amin dan lain keluar dari van dan memeriksa keadaan kenderaan rasmi mereka. Parah, itu aja perkataan yang boleh digambarkan oleh Amin bila tengok belakang van. Macam mana lapan-lapan orang dalam tu boleh survive pun tak tau. Remuk sampai seat paling belakang tertolak ke depan.

Jon dah mencarut-carut non-stop, yang lain pulak tak tau nak buat ape. Nak call orang, masa tu bukan semua orang mampu pakai handphone lagi. Ada lah 2-3 orang pakai NOKIA 3310 tapi takde kredit sebab tak mampu nak top-up, bawak sebab nak main snake je. Ayob cadang jalan kaki sampai rumah sebab tak jauh dah dan kemudian naik motor pergi balai buat report. Jon pulak tak nak sebab nanti orang curi van dia.

“Takde sape nak curik van buruk ko tu Jon woi” Kata Wak Jern sinis. Dah nak bertumbuk pulak dua ekor tu, kata Amin. Dah settle apa semua, mereka berjalan di sepanjang highway menuju ke exit Serdang/UPM.

Dari jauh nampak lampu merah brake dan kenderaan yang berhenti di emergency lane reverse dengan lajunya. Dah dekat, perasan yang kereta itu ialah KEMBARA. Bertempiaran semua lari naik bukit exit Serdang/UPM tu. Tapi kudrat mereka tak boleh nak celen kepantasan kereta. Sekejap je Kembara tersebut dah ada depan diaorang.

The only reservation yang Amin rasa dia boleh outplay geng bapok adalah mereka berlapan versus geng bapok dalam Kembara paling ramai pun berapa je, 4 orang? Bapok pulak tu. Mungkin penat dan intensity of the situation membuatkan dia tak ingat persoalan-persoalan ‘tak logik’ pasal geng bapok awal-awal tadi. Salah seorang dari bapok keluar dari pintu penumpang belakang. Kata Amin, bapok tu tinggi dalam 6 kaki lebih, muscular tapi pakai one-piece tight dress dan heels. Dari kilat-kilat kat rambut, macam pakai wig dan ada riben. Make-up kat muka tak payah cakap lah. Kat tangan ada stereng lock dan bapok tersebut berjalan menuju ke arah mereka.

Kedengaran hilai ketawa dari Kembara yang padat dengan orang. Amin dapat dengar lebih jelas bahasa yang digunakan bapok-bapok itu. Ianya bahasa melayu yang dah campur-aduk slang-slang bapok, I mean kalau korang tahu bahasa-bahasa nyah ni, I guess that might be the weird language they’re using. Amin dapat ingat few words kejadian malam itu dan seperti dah imprint dalam kepala otaknya, dia ingat sampai sekarang.

“Zrasss je semua tu nyahh..cantas bijik-bijik hekan” something like that.

Ebon, paling besar antara lapan orang tu jadi first target bapok berstereng lock itu. Amin tengok semua stand by, maybe sebab sorang je so boleh kowtim lagi dengan mereka yang 8 orang. Wak Jern rasanya yang scram dulu bapok tu kat area pinggang, diikuti yang lain-lain melaukkan bapok yang dah meronta-ronta kat atas jalan. 

The rest of the bapok keluar Kembara, dan kata Amin lagi “percayalah cakap aku Dammerung, memang ramai gilee bapok keluar dari Kembara tu…macam satu team bola!”

Amin and the geng tak boleh nak menang when it comes to physical confrontation dengan geng bapok, it is physically impossible. Masing-masing 6 kaki ke atas dan muscular. Rasanya tapak tangan je dah besar muka Amin, kalau di lempangnya mau koma. Amin dan lain-lain berundur dan berlari tak cukup tanah bila dapat kesempatan. Still, geng bapok tak boleh nak catch-up sebab semua pakai high heels.

Untuk mengelakkan dari dikesan oleh geng bapok yang semua pasti tengah mencari mereka, Amin dan rakan-rakan terpaksa merangkak-rangkak dalam longkang, ikut semak, disebalik pokok, sebalik bangunan dan ambil sebanyak masa yang boleh untuk bergerak kerana jelas kelihatan Kembara bapok lalu-lalang kat jalan raya, gigih cari Amin dan lain-lain.

Dipendekkan cerita, mereka sampai kat rumah sewa. Itupun dah dekat nak azan Subuh. Dah rehat lebih kurang, kelapan-lapan student itu ke balai buat report. Nasib tak baik mereka was sealed apabila mendapati van Toyota kesayangan Jon tinggal frame je, yang lain dah rentung. Kemungkinan besar van Jon yang tersadai tepi highway tu dah kena bakar dek geng bapok.

Life goes on. 8 tahun berlalu, Amin dan lain-lain dah pun grad. Kesibukan kerjaya dan kehidupan baru membuatkan masing-masing lost contact dengan old team. Apa yang membuatkan Amin mencari aku untuk berkongsi pengalaman anehnya (waktu rakaman 2009, Amin adalah mutual friends melalui housemate aku masa tu dan tahu aku ni rajin dok kumpul cerita hantu) ialah 3 hari sebelumnya dia dihubungi Hazim, salah seorang dari geng yang terlibat waktu malam kejadian.

Hazim bagitahu masa dia pergi kedai potong, dia ternampak Kembara biru dengan depan dah remuk. It is hard to forget the details of a traumatizing experience dan masih jelas di ingatan Hazim kejadian malam tersebut. Perodua Kembara yang dia nampak tersadai di kedai potong tersebut is THE Kembara Puaka. Hazim tanya lah boss kedai potong pasal Kembara tu. Jawapan apek tu amat mengejutkannya sehingga dia contact balik the old gang.

Kembara di kedai potong itu menurut kata apek kedai potong, terlibat dalam kemalangan maut dan di pulled out dari gaung area Genting…8 tahun yang lalu.

-Dammerung-

Housemate Aku Hantu !

Perkongsian seorang pengguna Twitter telah mendapat perhatian ramai kerana dia telah berkongsi bagaimana pengalaman ngeri tinggal serumah dengan ‘orang’ yang hakikatnya sudah lama meninggal dunia. Cerita yang dikongsikan ini adalah berdasarkan kisah benar.

NOTA: Bunyi memang agak seram, kalau anda seorang yang lemah semangat, disarankan jangan baca. Takut terbawa-bawa.

Perkongsian penuh di bawah:

Ada kawan-kawan dok mintak aku up cerita “housemate aku hantu”. So mlm ni aku akan up cerita tu. Cuma, ada beberapa perkara yg aku nk bgtau,sebelum kawan-kawan baca cerita aku:

1) Cerita ni tak melibatkan hantu2 yg muka2 mereka seram tahap gaban.
2) Sejujurnya, aku xpernah jumpa hantu2 yg menyeramkan. Yg dtg pada aku semuanya dlm bentuk manusia biasa mcm kita jugak.
3) So, elemen seram dlm cite ni hanya pembaca sahaja boleh menilai.
4) Lastly, aku mintak maaf jika cerita ni tak seseram mcm cerita hantu yang lain.

Peristiwa ini berlaku 2011. 3 tahun lepas aku konvo pada 2008. Pada 2010, aku dapat offer keje dengan sebuah bank di KL. Position aku plak, aku perlu bnyak outstation so sekaligus aku jarang ada di rumah. Aku pun carilah rumah sewa area-area yg dekat dgn office aku.

Alhamdulillah aku dapat sebuah kondo walaupun sewanya agak mahal (dlm hati berlagak nk dok kondo). Sepanjang 1 tahun dari 2010-2011 aku hanya stay sorang sebab lebih privasi dan lebih selamat.

Penghujung tahun 2011 masa aku tgh bercuti di kampung, aku dapat 1 panggilan dari no yang aku xkenal. Aku pun jawab, borak punya borak, rupanya kawan lama aku masa di universiti walaupun lain bidang dan falkuti.

Firdaus nama dia,dia kol aku sebab nk sewa rumah dengan aku sekali. Pada mulanya, aku agak pelik mcm mana dia blh tau aku dok sorang? Dan mcm mana dia blh tau no aku? Aku pun balik KL jumpa dia, dan bincang soal sewa rumah walaupun aku sendiri mcm blur2 kenapa aku blh setuju dia jadi housemate aku.

Awal tahun 2012, Firdaus pun masuk la dalam rumah aku. Dia guna bilik yg dekat dapur, walaupun ada lagi 2 bilik kosong didepan. Bilik dia pilih tu agak kecik dari bilik-bilik yang lain.

Malam first dia duk dengan aku, kami makan sama-sama. Cuma time solat jer aku tak perasan dia sebab memerap dlm bilik. Lepas tu sama-sama lepak tgk tv sambil aku cerita la bidang keje aku yg kerap outstation. Dia pun mcm ok je.

Dia cerita dia selalu busy keje kadang balik lewat mlm kul 1-2 pagi. Aku tak syak ape2 sebab bg aku normal la keje di KL balik 1-2 pagi. So habis disitu je mlm tu.

Hampir 6 bulan aku duk serumah dengan dia, dlm tempoh tu aku hanya ada di rumah dengan dia 2-3 minggu je. Selebihnya banyak outstation. Satu pagi tu, aku terserempak dgn jiran aku bertanya khabar. Dia tanya aku:

Jiran: Adam duduk sorg ke? Atau dengan kawan?
Aku: Taklah abg, sy duduk dgn kawan, kami berdua je.
Jiran: Yeke? (lepas tu di mcm nk cepat-cepat blah dari aku).

Tapi aku tak ambil port sangat pasal jiran aku tu. Berlalu mcm tu je. Masa terus berjalan. Tiba bulan puasa, si Firdaus ni ckp kat aku, sepanjang bulan puasa dia kena balik kg, dia dh apply cuti sampai raya. Ok jela, tak tanya lebih-lebih.

Habis puasa dan raya, dia pun balik dr kg. Kebetulan aku tak banyak keje, boleh la spend time dgn housemate. Maklumlah mood raya kan 1 bulan. Pada 1 malam tu dlm kul 2 pagi, aku nampak dia kat dapur tgh masak-masak.

Aku dh pelik, kenapa dia masak tengah-tengah malam sebab baru je balik mkn dgn aku. Itu takpe lagi, aku masih buat tak tahu je. Aku positive jela, last-last berlalu mcm tu jela. Selang tak berapa lama lepas tu, dlm 3-4 hari lepas peristiwa masak tu, aku balik lewat mlm dlm kul 3 pagi.

Masuk je dlm rumah aku dh meremang bulu roma, rasa semacam jer dlm rumah tu. Aku tergerak hati nk tgk bilik dia, mcm gelap je aku ketuk la pintu. Dia bangun buka pintu dgn muka mengantuk, so aku lega sebab ada kwn dlm rumah…

Esok pagi tu aku tak masuk kerja. Time buat breakfast, dia call aku ckp semalam dia tak balik rumah sebab balik kg. Aku terus terdiam, tiba-tiba je aku rasa seram sejuk siang hari celik. Hehe, aku dh terfikir, ni kali kedua aku kena usik. Aku masih positive lagi.

Anggap itu tak ada apa-apa hanya hayalan menjelma. Disebabkan aku ambil cuti 2-3 hari, aku terajin la kemas2 rumah yg dah berselerak mcm tongkang pecah. Kemas punya kemas, aku mcm pelik kenapa depan pintu bilik dia bnyk sarang2 labah. Mcm pintu tu tak pernah org buka. Sekali lagi aku hairan….

Aku baru balik dari Sabah selepas 2 bulan kt sana. Dalam keadaan yg penat dan letih sangat, masuk dlm rumah tengok dia tengah tgk movie cerita hantu plak tu. Aku yg dh penat sgt, terus tertidur dan aku terjaga dlm pukul 4 pagi.

Sayup-sayup dlm bilik aku dgr mcm org tengah beborak di hall. Aku teruja nk tgk siapa yg dtg malam-malam buta. Aku nampak Firdaus tengah borak sorang-sorang. Mcm nk terkeluar jantung aku sebab aku dgr mcm ramai org tengah borak dgn dia.

Sepanjang 3 tahun aku tinggal serumah dgn dia, jiran-jiran aku yg baik hati selalu tegur aku supaya pindah rumah atau pagar rumah. Tp aku je yg tak ambil kisah pasal tu sebab aku tak kena usik pun dgn hantu.

Tiba la pada satu malam tu dlm bulan puasa aku kat kg…

Tiba la masanya aku dan kwn U gerak g Johor, kg si Firdaus tu. Lepas 3-4 jam sampailah ke rumah dia walaupun sesat gak sebelum jumpa rumah. Dan sepanjang sesat tulah aku on call dgn dia mintak direction ke rumah dia. Sesampai di rumah dah agak lewat petang,org tak ramai dah.

Family dia tanya cari siapa? Aku jwb cari Firdaus. Abg si Firdaus ni kenal aku, so di jemput aku makan dulu nanti borak lain. Lepas makan dh kenyang perut, abg dia jemput masuk dlm rumah.

Bermulalah sesi soal jawab:

Abg dia: Mcm mana ko tau ada kenduri arwah?
Aku: Firdaus yg jemput. Dia call bulan puasa haritu.
Abg dia: Dah lama ke ko contact dia?
Aku: Dah 3 tahun kami tinggal serumah, sejak 2012 lagi.
Abg dia: Adam, kau tak tahu apa-apa ke? Ke kau tipu aku?
Aku: Taklah. Lalu, aku pun tunjuk list di contact dlm hp aku.
Abg dia: Terkedu dan terkejut bila tgk hp aku ada msj dan call dr Firdaus.

Last-last ayah dia dtg tunjukkan surat kematian dia 2 tahun lepas akibat denggi. Terlopong mulut aku, lemah habis kepala lutut.

Lepas itu aku terus pindah rumah. Sampai sekarang masih terfikir, KENAPA DIA CARI AKU?

Pontianak sayang Saiful?

Oleh: Nenek kebayan

Malam ini, saya akan berkongsi cerita tentang pengalaman salah seorang rakan saya yang bernama Saiful. Saiful telah mengalami peristiwa yang boleh dikatakan seram dan tidak boleh dilupakan sehingga sekarang.

Jika anda tinggal seorang diri di rumah, anda dinasihatkan untuk mengajak saudara-mara atau kawan-kawan untuk menemani anda kerana dikhuatiri anda akan berasa takut untuk ke tandas pada waktu tengah malam.

Saiful yang berumur 21 tahun pada masa itu adalah seorang yang langsung tidak mempercayai akan kewujudan makhluk-makhluk halus termasuklah hantu, langsuir, pocong dan lain-lain lagi.

Apabila orang bercakap mengenai hantu, dia akan membalas “Eh mana ada hantu dalam dunia ni, lagi-lagi zaman moden ni haa”. Pada anggapan Saiful, semua perkara yang bersangkut-paut dengan hantu adalah mengarut. Sampailah pada satu hari perkara yang dia tidak jangka berlaku.

Hari khamis malam jumaat tahun lepas, Saiful balik ke rumah sewa dia. Secara kebetulan semua kawan-kawan serumah dia keluar. Jiran sebelah rumah dia pun keluar sekali dengan kawan-kawan dia.

Malam itu terpaksalah Saiful tinggal seorang diri di dalam rumah sewa tu. Tanpa berfikir apa-apa, dia terus menyalakan lampu tangga dan naik ke bilik. Masa tu jam menunjukkan pukul 11.30 malam, secara tiba-tiba televisyen di ruang tamu terpasang.

Memikirkan bahawa kawan-kawan serumah dia dah balik, Saiful pun turun ke bawah. Tetapi apabila Saiful memanggil semua nama kawan-kawan dia, tak ada seorang pun yang menyahut panggilan beliau.

Memandangkan tiada sesiapa di bawah, Saiful terus mematikan televisyen dan naik ke atas semula, namun selepas itu televisyen tersebut terpasang balik. Kali kedua televisyen terpasang semula, Saiful terus angkat kaki daripada rumah sewa itu. Nampak macam sinopsis filem Melayu kan? Tetapi itulah yang berlaku terhadap Saiful pada minggu pertama dia menginap di situ.

Pada minggu kedua, juga pada hari khamis malam jumaat pada lebih kurang jam 10 ke 11 malam, Saiful dan seorang kawan ingin keluar makan malam. Mereka keluar dengan menaiki motosikal.

Sampai sahaja di satu selekoh berdekatan Bukit Permai, Ampang tiba-tiba Saiful ternampak sesuatu di sebelah cermin sisi kiri motosikalnya. Saiful memberitahu saya bahawa muka makhluk itu sangat jelas, mungkin sebab ia betul-betul berada di sebelah dia.

Saiful mengatakan muka mahkluk yang dia nampak itu hitam, hodoh dan berambut panjang mengerbang, tengah terbang mengikuti Saiful ke mana sahaja Saiful pergi. Berdasarkan ciri-ciri yang digambarkan oleh Saiful, saya yakin makhluk tersebut adalah pontianak.

Disebabkan rasa tidak sedap hati, Saiful mencabut cermin sisi kiri itu dan meletakkannya ke dalam bakul motosikal. Nak dijadikan cerita, apabila Saiful terpandang cermin sisi kanan, pontianak itu berada dekat sebelah kanan Saiful pula.

Saiful terus menterbalikkan cermin sisi kanan ke depan. Kawan Saiful merasa pelik melihat kelakuan Saiful dan bertanya “kenapa?”. Tetapi Saiful tidak menjawab kerana Saiful ini jenis yang kalau nampak sesuatu yang aneh, dia akan senyap dan tidak akan bercakap.

Sebelum saya menyambung cerita mengenai Saiful, ayah saya pernah bercerita bahawa pernah suatu hari anak jiran kami balik lewat malam dalam pukul 1 lebih.

Ketika anak jiran kami itu melalui lorong berdekatan kawasan perumahan saya dengan menaiki motosikal, tiba-tiba ada seorang perempuan menahan motosikal dia suruh berhenti, perempuan tu memakai pakaian putih.

Tetapi malangnya apabila dia berhenti, bukan perempuan sebenarnya yang menahan motosikal beliau tetapi mahkluk lain yang berwajah mengerikan. Kasihan, seminggu dia demam kerana diganggu oleh makhluk tersebut. Lagi sekali nampak macam filem Melayu kan? Tetapi ini adalah peristiwa yang benar-benar berlaku.

Sekarang saya sambung semula bercerita mengenai Saiful, selepas Saiful dah perasan pontianak itu mengikuti dia, Saiful menghantar kawan dia balik ke rumah.

Melihat air muka Saiful yang lain macam, kawan dia tidak membenarkan Saiful terus balik. Sebaliknya kawan dia meminta Saiful menunggu di rumahnya dahulu dan kemudian menelefon kawan serumah Saiful untuk datang mengambil Saiful.

Tidak lama kemudian, dua orang kawan Saiful yang bernama Mamat dan Taufiq sampai untuk menjemputnya. Semasa Mamat dan Taufiq berada berdekatan pagar rumah, Saiful bertanya “Mamat, Taufiq, korang datang berapa orang ni?” Mamat dan Taufiq pun menjawab “2 orang je. Kenapa Saiful?”.

Saiful tidak memberitahu apa-apa kepada mereka tetapi sebenarnya Saiful ternampak seorang lagi yang semestinya bukan manusia tengah mengintai Saiful di sebalik kawan-kawannya. Seram juga saya mendengar cerita daripada Saiful itu. Cuba anda bayangkan ada sesuatu sedang mengintai anda melalui tingkap sekarang ini.

Selepas itu Saiful membonceng motosikal Mamat, manakala Taufiq menaiki motosikal Saiful. Saiful terpaksa menjadi penumpang sahaja kerana dia sudah tidak berani untuk menaiki motosikal sendiri.

Motosikal yang dinaiki oleh Mamat dan Saiful ada di depan manakala Taufiq mengikuti mereka daripada belakang. Nak dijadikan cerita seramnya, Saiful pada masa itu menoleh ke belakang kerana Saiful hendak melihat Taufiq. Waktu itu Saiful nampak pontianak tersebut terus mengikuti motosikal yang dinaiki Taufiq daripada belakang.

Pontianak tu tidak duduk di atas bangku motosikal Taufiq tetapi ia hanya mengikut daripada belakang. Saiful berkata bahawa dia nampak rambut pontianak itu yang mengerbang tidak tentu hala ditiup angin malam. Nampaknya pontianak itu begitu bersungguh-sungguh dan sangat berminat untuk mengikuti Saiful.

Mengikut kata ustaz yang mengubati Saiful, pontianak ini sangat berminat nak berkawan dengan Saiful. Masa Saiful bercerita saya cakap padanya “Itulah siapa suruh kau kacak sangat sampai hantu pun berminat”.

Mak Saiful pula cakap “Kau ni memang dah tak ada perempuan lain ke yang kau nak pilih, sampai kau pilih hantu ini!”. Semasa Saiful kena ikut dengan pontianak ini, Saiful memang langsung tidak boleh bercakap dengan teman wanita dia.

Apabila teman wanita Saiful menelefon, Saiful akan merasa marah dan akan terus melenting. Saiful memberitahu pernah sewaktu teman wanita dia menghubunginya, Saiful merasa begitu marah sehingga menendang kipas sampai pecah. Tetapi Saiful tahu bahawa yang marah itu bukan Saiful tapi pontianak itu. Disebabkan pontianak itu perempuan, mungkin dia cemburu Saiful mempunyai teman wanita lain.

Walaupun sudah berubat, Saiful masih lagi boleh melihat benda-benda halus sehingga sekarang. Pernah sekali tu Saiful bercerita bahawa ada satu pokok rendang berdekatan dengan kampung Saiful.

Waktu itu dah tengah malam, Saiful hantar mesej pada saya berbunyi begini “Saya ada nampak ‘benda’ tengah bertenggek dekat atas pokok besar itu. Elok je ia duduk kat atas tu, saya takut la”. Dah lah masa dia mesej saya itu, saya tengah duduk dalam bilik sorang-sorang.

Saiful bercerita lagi ketika dia tengah duduk seorang diri di dalam bilik, dia terdengar ada orang memanggil namanya sayup-sayup sebanyak 3 kali. Ada tak antara anda semua yang pernah mengalami perkara seperti ini?

Ada lagi satu cerita, sewaktu Saiful pergi ke Kelantan dengan kawan-kawan beliau, mereka melalui suatu kawasan di mana terdapat sebuah rumah kosong. Dahulu rumah kosong tu adalah tempat pembunuhan di mana seorang cucu membunuh neneknya sebab cucu dia tu penagih dadah.

Kisah pembunuhan itu pernah heboh dalam berita pada tahun 2008. Semasa melalui rumah kosong tersebut Saiful ternampak ada seorang nenek tua bongkok tengah berdiri di kawasan rumah tersebut.

Nak dikatakan jiran adalah tidak logik sebab masa itu adalah pada waktu malam. Kalau betul pun jiran, apalah si nenek ini buat dekat tempat seram macam tu?

Teringat pula, Saiful ada memberitahu saya bahawa rupa nenek yang dia nampak itu lebih kurang macam makcik tua di dalam filem Congkak, tetapi jauh lebih seram lagi. Fikir-fikirlah.

Sebab itulah orang selalu pesan mulut itu kena jaga jangan nak celupar sangat, jangan nak berlagak, jangan main lalu dan langgar ikut suka sahaja tempat orang. Namun begitu anda jangan sesekali cakap macam ini “Tok nenek,cucu tumpang lalu”. Boleh jatuh syirik jadinya itu.

Senyuman Rabak

Kisah ni kisah yang aku alami pada tahun 2014 semasa aku masuk belajar si sebuah ipta yang terletak di Pahang. Ini kejadian pertama aku melihat hantu. 

Hari pertama sampai, macam biasa pelajar baru kena daftar dulu untuk settlekan apa yang patut dan ambil kunci bilik. Aku dapat bilik di aras 3. Agak jenuh jugak kene naik tangga sebab baru first day nak angkut barang naik atas. Aku angkatlah beberapa barang yang aku mampu untuk first trip ni naik atas. Semput jugak bawak barang naik tangga. Adeh.. 

Sampai kat tingkat 3 aku cari bilik berdasarkan nombor yang tertera di kunci tu. Cari punya cari , rupanya bilik aku dekat dengan tangga juga tapi sebelah yang lagi satu. Sebab bangunan ni ada dua wing, kiri dengan kanan. Tengah-tengah ada bilik air. So tangga pun ada dua. Tangga wing kiri dengan tangga wing kanan. Sampai depan bilik, aku masukkan anak kunci dalam tombol tu.

Boleh masuk tapi macam tak boleh pusing padahal cuma ada satu tu je kunci yang dia bagi. Aku tengok tag tu balik kut-kut aku salah bilik ke. Tapi betul dah. Aku try lagi tapi still tak boleh. Aku keluarkan balik kunci tu. Lepastu aku try lagi sekali. Tapi kali ni aku baca bismillah dulu. Alhamdulillah  boleh bukak. 

Bukak je pintu, aku terasa angin lalu dekat muka aku. Tapi aku takde rasa apa-apa pun walaupun macam mustahil ada angin padahal tingkap bilik tu tertutup siap berlangsir lagi. Langsir tu pun takde bergerak-gerak macam kena angin dari luar. Aku abaikan jela. Bilik tu gelap so aku bukak lampu dengan kipas dulu.

Bilik tu ada 2 katil single. Tengah-tengah, meja belajar menghadap tingkap. Almari dekat hujung kaki katil. Bilik tu tak besar sangat tapi selesa lah untuk 2 orang tinggal. Aku pilih katil sebelah kiri kemudian aku letak beg atas katil. Disebabkan hari masih siang, jadi aku pergilah selak langsir dan buka tingkap. Kemudian aku nak pusing balik sebab nak tutup lampu, kan bilik dah terang buka tingkap. 

Tiba-tiba aku nampak bag yang aku letak atas katil tadi ada dekat depan pintu. Aik ? Macam pelik kan ? Padahal aku letak atas katil tadi dan kalau betul pun aku terlupa ke salah letak ke takkan lah aku letak betul2 depan pintu. Kat situ aku dah rasa something. Tapi aku abaikan juga lagi aku terus turun bawah ambil barang lain.

Lepastu mak aku teman tunggu kat bilik sambil-sambil tolong aku kemas. Bapak aku tunggu bawah je dengan abang aku sebab asrama perempuan, lelaki tak boleh naik. Tak lama lepastu roommate aku pun masuk. Kitorang berkenal-kenalan then kena bersiap untuk orientasi. Sedih jugak nak berpisah dengan mak bapak aku tapi apakan daya tuntutan ilmu harus diutamakan. 

Hari pertama dengan hari kedua lepastu tak ada apa-apa. Start hari ketiga lepas habis orientasi tu aku balik bilik macam biasa. Masuk-masuk aku tengok lampu dah terbuka,  roommate aku, Ina tengah baring atas katil dia membelakangkan aku. Aku tanya dia awal dia sampai sebab dua hari sebelum ni aku yang akan sampai dulu dalam bilik sebab kitorang berlainan course.

Dia selalu balik dengan kawan dia bilik sebelah. Aku belum ada kawan lagi jadi aku selalu balik sorang. Ina tak jawab soalan aku. Aku pun biarkan je lah maybe dia penat atau dah tertidur kut sebab aku tak nampak muka dia. Aku rest sekejap atas katil main handphone sebab nak mandi waktu ni toilet tengah penuh. Entah macam mana aku tertidur. Yela sebab penat sangatkan orientasi kena ragging jalan pusing satu kampus.

Aku terjaga sebab terkejut dengar ada bunyi macam hempasan tapi tak tahu bunyi apa. Aku buka mata bilik dah gelap. Walaupun gelap, bukanlah gelap sangat. Masih boleh nampak samar-samar.Mungkin Ina dah tutup lampu tadi. So aku cari mana datangnya bunyi tu. Aku nampak Ina tengah berdiri dekat tepi almari. Statik. Mata dia terbeliak tengah tenung aku.

Aku waktu tu jantung dah laju. Dalam hati dah tanya kenapa pulak si Ina ni. Aku tanya Ina apa dia buat kat situ kenapa tak buka lampu tapi dia still statik kat situ tengah tenung aku. Tak jawab pun soalan aku. Lama-lama aku tengok mata dia terbeliak macam dah nak terkeluar bebola mata. 

Aku cakap jangan main-main. Aku suruh dia buka lampu sebab masa tu aku dah start rasa takut. Nak bergerak pun rasa macam suis lampu tu jauh betul dengan aku. Dia still tak berganjak tapi aku nampak dia senyum. Macam lega sikit aku rasa lepas tengok dia senyum tu. Agaknya dia sengaja la tu nak kena kan aku. Tapi rasa lega tu tak lama. Aku tengok Ina senyum makin lama makin luas. Luas yang bukan biasa-biasa. Luas sampai ke telinga.

Cuba korang bayangkan mata dia yang terjegil hampir nak terkeluar bebola mata dari muka dengan senyuman lebar sampai ke telinga. Sampai aku tengok bibir dia yang tengah tu merekah terkoyak sebab senyum luas sangat. Masa tu jangan cakaplah. Jangan kata jantung je yang laju. Pundi kencing aku pun terasa berdenyut laju. Rasa nak terkencing kat situ jugak. Memang berpeluh habis. Terketar-ketar satu badan aku, sejuk. 

Yang peliknya dalam takut-takut tu mata aku still bersabung dengan mata dia. Macam terpukau. Aku takut tapi still tak boleh alihkan pandangan mata aku. Tak cukup dengan rupa dia yang menyeramkan tu, dia mula menapak satu-satu ke arah aku. Allah, masa tu dah nak terkeluar dah jantung aku. Nak menjerit pun rasa tak terkeluar suara sebab takut sangat.

Badan aku terasa kejang tak boleh bergerak. Terasa masa tu lama. Nak baca surah apa pun tak dapat nak ingat sebab takut sangat sampai blank. Apa yang aku boleh sebut Allah je dalam hati banyak kali. Dia still mendekat slow-slow sampai lagi sejengkal muka dia nak sampai  muka aku, barulah aku dapat pejamkan mata. Waktu tu baru aku dapat sebut Allah keluar dari mulut. Aku jerit sekuat hati aku. Allah ! Allah ! Allah ! 

Aku tak tahu sedekat mana dia dengan muka aku. Lepastu aku terasa ada tangan pegang bahu aku goncang-goncang. Aku terdengar suara Ina tanya aku okay ke tak. Aku bukak mata perlahan-lahan sebab aku tak tahu yang depan mata aku tu Ina yang sebenar atau bukan. Aku tengok Ina depan aku dengan muka yang risau masih tanya aku okay ke tak.

Bilik dah terang pintu dah terbuka. Ada kawan dia dua orang yang duduk dekat bilik sebelah tu. Lepas aku yakin yang itu Ina sebenar, aku menangis teruk peluk Ina sambil cakap aku bagi tahu apa yang jadi. Ina usap belakang aku suruh aku bertenang. Aku still peluk Ina erat sambil menangis pejam mata. Lama.

Tiba-tiba aku dengar suara orang macam suara Ina dekat pintu tanya aku okay ke tak kenapa menangis. Bila aku bukak mata aku tengok Ina dekat pintu tengah nak buka kasut. Jantung aku berderau. Allah. Kalini tak dapat nak bayangkan lagi perasaan aku waktu tu. Aku tengok depan aku takde orang. Kawan Ina yang dua orang tu pun tak ada.

Tapi tangan aku dalam kedudukan peluk macam aku peluk Ina tadi. Menangis yang tadi dah hampir reda, sekarang aku menangis lagi teruk. Kalini aku tak tahu nak percaya atau tak yang depan aku ni Ina atau bukan. Aku menjerit-jerit sekuat hati aku minta tolong. Aku rebah.

Bila aku bangun aku tengok ramai orang dalam bilik aku. Ada senior yang uruskan kitorang masa orientasi. Semua orang tanya aku okay ke tak. Aku waktu tu terasa lemah sangat. Aku abaikan semua soalan-soalan diorang. Aku bagi tahu Ina yang aku tak nak tidur bilik ni. Ina pun setuju. Dia cakap dia temankan aku tidur dekat bilik kawan dia dekat bilik sebelah. Aku call mak aku lepastu suruh ambik aku esok. Malam tu aku tidur satu katil dengan Ina. Tak ada jadi apa-apa lagi. Esoknya awal pagi mak dengan bapak aku ambil aku bawa balik rumah. 

Aku tak habiskan orientasi tu sebab aku berehat dekat kampung. Mak dengan bapak aku bawa aku jumpa kenalan diorang yang boleh merawat kes-kes macam ni. Dia cakap benda tu saja nak mengusik sebab aku tak pernah masuk bilik bagi salam sama dengan Ina. Solat pun tak solat dalam bilik apatah lagi mengaji. Jadi benda tu saja nak kacau. Kebetulan antara aku dengan Ina aku lebih lemah semangat sebab tu aku yang kena.

Pakcik tu bagi aku air bagi pulih semangat. Aku balik kampus semula lepas habis orientasi. Sepanjang aku tak ada, Ina tidur bilik member dia. Lepas aku balik barulah Ina tidur bilik kitorang. Kami solat dan mengaji sama-sama. Tiap kali lepas maghrib, Ina panggil juga kawan dia bilik sebelah ajak mengaji sama-sama. Tak ada gangguan lagi selepas tu. Tapi cerita tu tak habis sampai situ je. Sepanjang ketiadaan aku masa orientasi ada juga perkara yang terjadi berdasarkan cerita Ina. Tu aku akan kongsikan nanti. 

-TL-

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan